Download PDFOpen PDF in browser
EN
The title and the abstract of this preprint are also available in English

Maqasid Syariah Dalam Pelancongan Alam Sekitar

EasyChair Preprint no. 1925

12 pagesDate: November 11, 2019

Abstract

Alam sekitar merupakan satu anugerah daripada Allah S.W.T kepada penduduk muka bumi yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Ia merangkumi elemen-elemen di sekeliling kehidupan seperti tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, tumbuhan, haiwan dan lain-lain.  Semuanya adalah tanda kebesaran Allah S.W.T yang perlu disedari, dihayati dan dipelihara secara lestari. Hal ini amat nyata dapat dicerapi dalam kondisi bermusafir mahupun melancong kerana manusia akan lebih dekat untuk merasai kehadiran alam. Kertas kerja ini untuk menjelaskan Maqasid Shariah di sebalik galakan untuk bermusafir atau melancong yang bertujuan untuk menikmati keindahan alam sekitar. Kaedah penulisan ini adalah berdasarkan rujukan dan penelitian terhadap dokumen-dokumen dari pelbagai sumber seperti artikel, jurnal, buku, brosur dan kajian-kajian imperikal. Kajian mendapati agama Islam sangat menggalakkan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar supaya dapat melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T. Antara matlamat utama pelancongan alam sekitar adalah untuk manusia lebih merasai kehadiran alam sebagai tanda kebesaran Penciptanya. Ini sekaligus akan memberi ketenangan dari sudut jiwa, akal dan rohani seseorang manusia. Kesimpulannya, pelancongan alam sekitar adalah sesuatu yang digalakkan syarak tetapi ia perlulah berlaku dengan tasawwur, objektif dan garis panduan yang sejajar dengan kehendak syarak.

Keyphrases: Keindahan Alam Sekitar, Maqasid Shariah, Melancong, Pelancongan Alam Sekitar

BibTeX entry
BibTeX does not have the right entry for preprints. This is a hack for producing the correct reference:
@Booklet{EasyChair:1925,
  author = {Muhamad Azri Mokhtar and Mohammad Nabil Mohd Nasir and Muhd Anas Abd Rahman and Abdul Mutalib Abdul Latif},
  title = {Maqasid Syariah Dalam Pelancongan Alam Sekitar},
  howpublished = {EasyChair Preprint no. 1925},

  year = {EasyChair, 2019}}
Download PDFOpen PDF in browser