CFP
FAMB 2021: Festival Agro Makanan Dan Bioteknologi 2021 Virtual Nilai, Malaysia, October 5-7, 2021 |
Submission link | https://easychair.org/conferences/?conf=famb2021 |
Abstract registration deadline | June 15, 2021 |
Submission deadline | July 15, 2021 |
Topics: agrotechnology/landscape horticulture education/social science (agriculture/tvet) green technology/environmental science biotechnology/food technology/aqualculture
Festival Agroteknologi dan Makanan (FAMB) merupakan program tahunan peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Festival pada tahun ini akan diadakan pada 5 - 7 Oktober 2021 secara dalam talian di mana Politeknik Nilai telah dilantik sebagai pengelola dan tuan rumah untuk menjayakannya.
Panduan dan Syarat Penyertaan
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pensyarah Politeknik, Kolej Komuniti, Insititut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA & IPTS), jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta dan komuniti.
- Jumlah penulis dalam satu kertas kajian adalah TIDAK MELEBIHI 3 orang.
- Penulisan Kertas Kajian boleh dibuat di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Hanya penghantaran abstrak dan kertas kajian melalui platform EasyChair sahaja akan diterima.
- Peserta akan menerima surat kelayakan daripada pihak urusetia selewatnya pada 30 JUN 2021 melalui e-mail yang telah didaftarkan/akaun EasyChair.
- Yuran Penyertaan bagi setiap kertas kajian adalah sebanyak RMXX (Ringgit Malaysia: XX Sahaja).
- Abstrak dan kertas kajian PENUH akan di SEMAK oleh penilai yang telah dilantik oleh pihak penganjur bagi tujuan saringan. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD.
- Kertas kajian PENUH yang telah diperbaiki berdasarkan komen penilai perlu dihantar kepada pihak penganjur melalui platform EasyChair yang disediakan selewatnya pada 15 Ogos 2021 sebelum jam 5.00 petang.
- Kertas kajian PENUH yang tidak diperbaiki berdasarkan komen penilai tidak akan diterbitkan ke dalam e-Prosiding Seminar E-FAMB 2021.
- Pembentangan kertas kajian adalah pada 5 dan 6 OKTOBER 2021 secara dalam talian. Peserta perlu menyediakan slaid pembentangan. Durasi pembentangan adalah 15 MINIT sahaja termasuk sesi soal jawab.
- Kertas kajian yang gagal dibentangkan akan dimansuhkan penyertaan serta sijil tidak akan dikeluarkan kepada peserta. Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan.
- Sijil pembentang hanya dikeluarkan kepada peserta yang membuat pembentangan (terhad kepada 1 orang pembentang sahaja). Kredit automatik diberikan kepada semua penulis dan diterbitkan dalam e-Prosiding. Sijil akan diposkan ke alamat yang didaftarkan.
- Nama yang tertera di dalam sijil adalah berdasarkan ejaan semasa pendaftaran dalam talian di akaun EasyChair.
Format dan templat abstrak/kertas kajian
- Abstrak
- Abstrak mestilah dihantar di dalam format word mengikut format berikut : Font Arial, 10 point, Justify, Single-spaced.
- Abstrak harus mengandungi objektif, metodologi dan hasil kajian.
- Panjang teks abstrak tidak boleh melebihi 250 perkataan.
- Abstrak menekankan aspek utama keseluruhan kertas dalam urutan yang ditetapkan yang merangkumi tujuan keseluruhan kajian dan masalah penyelidikan, reka bentuk asas kajian, penemuan utama hasil dari analisis anda; dan ringkasan tafsiran dan kesimpulan ringkas anda.
- Kata Kunci perlu diletakkan di bahagian akhir abstrak pada perenggan yang lain dengan maksimum 5 perkataan sahaja [format : font Arial, 9-point, justified].
- Kertas kajian
- Kertas kerja penyelidikan boleh dihasilkan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Kertas kerja adalah terhad kepada lapan (8) mukasurat sahaja, termasuk rujukan.
- Semua teks mestilah dalam format berikut : Font Century Gothic, 10 point, justified alignment dan single-spaced interline spacing.
- Margin muka surat adalah 2.5 cm di atas, bawah, kiri dan kanan mukasurat.
- Perenggan kedua dan seterusnya perlu mempunyai spacing 1. Tiada indent untuk perenggan pertama.
- Muat turun dokumen penting
- Templat abstrak: URL
- Templat kertas kajian penuh: URL
- Panduan mencipta akaun EasyChair: URL
- Panduan menghantar abstrak: URL
- Panduan menghantar kertas kajian penuh: URL
Maklumat Penting
Bidang/tema penyelidikan
- Agroteknologi
- Bioteknologi
- Hortikultur Landskap
- Teknologi Makanan
- Akuakultur
- Pendidikan (Pertanian/TVET)
- Sains Sosial (Pertanian/TVET)
- Sains Persekitaran
- Teknologi Hijau
Tarikh-tarikh penting
- Call for papers: 3 Mei 2021
- Tarikh akhir penghantaran abstrak: 15 Jun 2021
- Pemberitahuan penerimaan: 30 Jun 2021
- Tarikh akhir penghantaran kertas kajian penuh: 15 Julai 2021
- Tarikh akhir pembayaran: 15 Julai 2021
- Tarikh akhir penghantaran pembetulan kertas kajian: 15 Ogos 2021
- Tarikh pembentangan kertas kajian: 5 dan 6 Oktober 2021 (Jadual akan dikeluarkan)
Hubungi kami
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diajukan kepada Sekretariat Penyelarasan Penyertaan FAMB 2021 melalui e-mel: penyelarasfamb2021@gmail.com