NSMTComm'21: Seminar Kebangsaan Teknologi Multimedia dan Komunikasi 2021 Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah, Malaysia, September 27-28, 2021 |
Conference website | http://www.smmtc.uum.edu.my/nsmtcomm21 |
Submission link | https://easychair.org/conferences/?conf=nsmtcomm21 |
Keputusan Penerimaan Kertas | August 15, 2021 |
Submission deadline | August 15, 2021 |
Luput Pembayaran Penyertaan | September 1, 2021 |
Seminar Kebangsaan Teknologi Multimedia dan Komunikasi 2021 (NSMTComm'21) merupakan seminar kali kelima yang akan dianjurkan oleh Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) iaitu selepas SMTComm'16, SMTComm'17 SMTComm'18, dan SMTComm'19. Dalam empat siri seminar sebelum ini, ia dianjurkan secara dalaman sahaja. Namun, bagi siri kelima seminar ini telah dinaiktaraf berstatus seminar peringkat kebangsaan.
Seminar ini merupakan wadah untuk berkongsi serta mewacanakan hasil penyelidikan kakitangan akademik dan pelajar tentang isu-isu semasa berkaitan dengan bidang komunikasi, teknologi media dan multimedia.
Mengambil kira situasi semasa wabak COVID-19, penganjuran NSMTComm'21 akan diadakan secara hibrid. Peserta boleh memilih untuk hadir dan membentangkan kertas seminar secara bersemuka atau secara dalam talian.
TEMA SEMINAR
Tema utama NSMTComm'21 ialah "Komunikasi, Media dan Teknologi: Kepelbagaian Perspektif dalam Membina Masa Depan yang Selamat, Lestari dan Sejahtera". Tema ini seiring dengan usaha global bagi merealisasikan Sustainable Development Goals (SDGs) 2030 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sehubungan itu, NSMTComm'21 mengalu-alukan kertas seminar dari pelbagai bidang ilmu yang bersilang dengan bidang multimedia, teknologi media atau komunikasi dalam mengupas sub-tema berikut:
- Komunikasi kesihatan dan pengurusan pandemik
- Inovasi dan Multimedia
- Isu semasa Multimedia
- Bahasa, budaya dan masyarakat
- Komunikasi dan teknologi
- Komunikasi pembangunan/perubahan sosial
- Komunikasi dalam pengurusan organisasi
- Media dan cabaran semasa
- Seni kreativiti
- Teknologi hijau
- Undang-undang dan polisi komunikasi atau media
- Islam dan teknologi komunikasi
- Isu-isu berkaitan media sosial
- Lain-lain tema yang berkaitan juga diterima
PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SEMINAR
Kertas seminar yang dikemukakan dalam persidangan ini mestilah belum dibentang, diterima atau diterbitkan di persidangan lain. Seminar ini amat mengalu-alukan kertas seminar yang berasaskan penyelidikan. Namun, kertas konsepsual juga diterima sekiranya ia menepati kriteria yang telah digariskan dalam panduan/template kertas NSMTComm'21.
Kami menerima kertas seminar sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Panjang kertas seminar yang dihasilkan mesti di antara empat (4) hingga enam (6) muka surat bersaiz A4 sahaja. Semua kertas yang dikemukakan perlu mematuhi format kertas seminar NSMTComm'21 yang telah ditetapkan. Sila rujuk panduan penyediaan serta templat kertas seminar NSMTComm'21 dipautan http://bit.ly/NSMTCOMM21-1
Kepatuhan format dan kriteria yang digariskan amat diharapkan bagi melancarkan dan mempercepat proses penerbitan e-prosiding seminar.
PENERBITAN
Semua kertas seminar yang diterima dan dibentangkan dalam NSMTComm'21 akan diterbitkan dalam bentuk e-prosiding berISBN dan berindeks. Sehubungan dengan itu, kertas seminar yang dikemukakan akan melalui proses penilaian (berwasit). Hanya kertas seminar yang menepati ciri dan kualiti yang ditetapkan akan diterbitkan dalam e-prosiding NSMTComm'21. Penganjur akan kemukakan kepada pihak Malaysia Citation Index (MyCite) agar e-prosiding ini diindeks.
YURAN SEMINAR
Yuran yang dikenakan meliputi kit seminar, penerbitan e-prosiding, jamuan/pelantar seminar secara dalam talian. Kategori yuran adalah seperti berikut:
- Pembentang/Peserta bukan SMMTC - RM250/seorang
- Pembentang/Peserta SMMTC - RM150/seorang
- Pembentangan kertas seminar tambahan - RM100/setiap kertas
LOKASI SEMINAR
Dewan Seminar, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman. Pelantar seminar dalam talian akan dimaklumkan selewat-lewatnya dalam tempoh empat minggu sebelum tarikh seminar.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi smtcom@uum.edu.my atau 04-928 (5870, 5941, 5953, 5826). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang seminar di www.smmtc.uum.edu.my/nsmtcomm21