PASSEW2018: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial, Ekonomi dan Warisan 1Borneo Kota Kinabalu, Malaysia, March 27-28, 2018 |
Conference website | http://www.comna.org/passew2018 |
Abstract registration deadline | May 31, 2017 |
Submission deadline | July 31, 2017 |
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial, Ekonomi dan Warisan (PASSEW2018) bertujuan untuk menyediakan suatu landasan bagi perkongsian ilmu, maklumat dan pengalaman dalam kalangan penyelidik, sarjana dan pelajar pasca siswazah dari seluruh dunia. Persidangan ini memberi peluang kepada perkongsian dan pertukaran maklumat mengenai penyelidikan-penyelidikan baharu dalam bidang teoretikal serta pembangunan pendidikan dalam semua bidang. Urus setia persidangan mengalu-alukan penyertaan semua pihak menyumbang kepada pertukaran idea dan perbincangan mengenai perkembangan ilmu terkini.
Persidangan ini akan berlangsung pada 27 hingga 28 Mac 2018 di 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia dan disokong oleh Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Panduan Penghantaran Kertas Kerja
Semua kertas kerja yang dihantar mestilah yang asli dan tidak dihantar ke jurnal atau persidangan yang lain semasa proses penilaian. Penulis dipelawa untuk menghantar kertas kerja dalam kategori berikut:
Senarai Topik
- Kemanusiaan
- Seni
- Warisan
- Ekonomi
- Politik
- Seni
- Warisan
- Komunikasi
- Alam Sekitar
- Pelancongan
- Perniagaan
- Keusahawanan
- Pendidikan
Penerbitan
Semua kertas kerja yang diterima untuk pembentangan dalam PASSEW2018 akan diterbitkan dalam proseding persidangan. Kertas kerja yang terpilih akan diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Sains Sosial, Ekonomi dan Warisan (JA-SSEW).
Lokasi
Persidangan ini akan diadakan di 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Hubungi Kami
Persoalan tentang penghantaran kertas kerja boleh diajukan melalui emel di passew2018@comna.org.